Selasa, 30 Disember 2008

HAPPY 23rd BIRTHDAY!!!


Hari nie adek ku yg bernama MOHD IHSAN a.k.a Pak Bokir or Kerin buf'day...

Hepi B'day Kir... Smoga ko kn berjaya dlm hidup yg terlalu indah utk dlalui walaupun sentiasa penuh dgn dugaan ny...
Enjoy ur b'day wif ur Dellah... N kmi Kaseh Famly sentiasa menyokong mu... Dun 4get blanja we ol ahhh...

MAMA, BABU, UMMI, MUMMY or...

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.



Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


Renungilah:
Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu

Bila nak bermanja... aku dekati ibu


Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok... aku cari pasanganku

Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari IbuSelalu...
aku ingat pasangankuSelalu...

Ibu ingat kat aku Bila..bila.. .

aku akan talipon pasanganku


Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan -
Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

***Sumber: Forwarding Email.

Buat MAMA ku... setulus hati ku mengatakan, ku insaf dengan kesah diatas... Buat MAMA ku, ku sungah mengagumi mu n ku bersyukur dengan kehadiran mu.


Wahai dunia,
ku ingin menghebah kn bhwa, Ku sungguh bangga mempunyai MAMA yg bernama
HAJAH DYG SANI BTE TAMBAH.
Nada kata2 yg dpt dungkapkn utk menunjukan btapa sempurna ny MAMA buat ku. SYUKUR & TERIMA KASEH YA ALLAH kerana mengurniakan ku sorg MAMA yg cukup semprna dmataku.
"YA ALLAH, PELIHARAKAN LH KEDUA IBU BAPA KU SEBAGAI MANA MEREKA MEMELIHARA KU SEWAKTU KECIL & HINGGA KINI, RAHAMTI LH KEHIDUPN MEREKA & GEMBIRA KN LH HATI MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGEMBIRAKN KU SEUMUR HIDUP KU... AMIN!!!"



Picture of my beloved parent:

my BAPA & my MAMA

***"I'M PROUD TO BE YOUR DAUGHTER"***










Khamis, 18 Disember 2008

CERITA KU...

Assalamualaikum...
Ku blum tau kn creta pa nie...
K, ku creta sal my life @ clge since 2006 lh... actually ku nie udh kraja since 31.03.01. p, memng th cita2 ku kn cntinue study since ku gnya ada 'o'-level aja, mklum th sa ni 'o'-level mna g kna pndang kn.. 5x ku aply 4 ldp, p alhamdulilah 2006 ku kn bg kbnran utk smbung study dlm nd in science... SYUKUR...
@ 1st pkir snang kn study ani after 7 yrs ku tglkn skulh... wow, it's tough yo!!! selama ku study dclge, menangis ku udah, frust ttonggeng ku udah n mcm2 ulah g... p, pksa & msT jwa ku kwt kn smngt utk mncpai cita2 ku... bukn snang utk ku kn msuk ksna... mcm2 dugaan & hlangan ny.
p, aftr trtongeng nth brapa juta x n ntah brap gelen ayeng mata ku 2mph n aftr brapa bungkus tisu udah ku pkai.. ALHAMDULILAH, sa ani ku abiz udh smua xm n sa ani nda g smpi 2 weks utk ku abz kn atachment period ku & @ last ku 2ngu utk graduatin day ku aja g...
Insyaallah, pas ani f ada rezeki n ada pelepasan frm JPA ku mau smbung blajar g...

Dcni ku ingin menghadiah kn trillion of tnx 2 whoever yg support ku utk blajar:
  1. Esp to my beloved man (hubby of mine) => MD. ROSDI.. "thnx alot TAYANG for keep on supporting me on my study & slalu membebel just to mek sure ol of my asimen bbwt. & thanx jwa sal slalu bejaga utk accompny me while me bwt late nite study. LOVE U SOOOOOOO MUCH.. "
  2. My hero => KASEH IKHWAN AFIF JAZIMIN, "sory alai, sal alai slalu trabai oleh mama since mama study, ur smile relieve my pain.."
  3. My parents=> "mama, bapa, thnx sal slalu bg smngat utk ku trus blajar, eventough ku prnh hmpa kn dorg b4 ani"
  4. X hod of science dept-Mz Latifah Omar. "THANK YOU VERY MUCH MZ"
  5. Current hod of sci. dept-Mz DD. "Mz, ta soooo sweeeeettt, thnx alot"
  6. Our GC-Dr Iftikhar Ahmad. "thnx alot sir for keep on forcing uz to study... i'll alwz remember what u like to say while teaching-'any question' & 'be attitintive' hahahah..."
  7. Thanx also to mz hera, mz noraini, mz singgah, sir ilyas, sir ravi, sir khaliq, mz weyne, sir robert watts, sir aqram afridi & ol of the technician @ sci. dept of MTSSR.
  8. Nda lupa jwa for Sir Silva Das & Sir Haironie of maths dept, Mz Alkaff of english dept & Mz Haslinda of Comp. dept.
  9. & LAST but not the least, a very big thnx to ol of my clzmate [ND/SCI/22]-LIDY, KENZO, TASYAH, KA SUR, FAR a.k.a OLO, RABI, MAMATZ, AZRI, MUMIN, FYDAH, FISHA, HAWA, DK KAMAI, LI NOR & SAI. " Nice to know ol of u... tgur ku jwa, eventough after 03.01.2009 ah..."

Ku mohon dri smua 'Doakan lah kejayaan ku..' sekian dlu & Jumpa g dlm creta yg lin g...

Rabu, 17 Disember 2008

Saja kn becerita...



Assalammualaikum...






ku menulis ani sekadar kn becerita... since ani ku bru belajar, so kalu ada yg nda tantu usulny a2 liat th sja n kalu dpt komen lh ah..


dlm gmbr atas 2 show ku wif "my man & my precious hero"... ku bahagia n ku syukur dgn smua yg dkurniakn utk kmi one family... LOVE BOTH OF U.. WITHOUT BOTH OF U I'LL BE NOWHERE IN THIS LONELY WORLD...